Oct 11, 2013

Kerana Mulut...

jejari n!cK at 8:54:00 AM
Kadang-kadang bila nak mengucapkan sesuatu perkataan kita tak pernah nak pikir panjang. Sebab tu wujud peribahasa kerana mulut badan binasa. Antara anggota badan kita yang paling bahaya adalah mulut. Kerana mulut boleh timbul salah faham, kerana mulut manusia simpan dendam. Bahaye kan? Mungkin kadang kita hanya niat untuk bergurau, tapi kita lupa manusia tak semuanya punya perasaan yang sama. Mungkin pada kita itu bukan apa-apa tapi pada mereka terkesan pada hati dan jiwa.
Dosa kita pada Allah kita boleh minta ampun, dosa dengan sesama manusia? Takkan terampun selagi mereka tak memaafkan kita. Ya Rabbi, takut rasanya bila kenangkan semula. Kadang kita manusia ni terlupa. Terlalu seronok berkata-kata sampai kita lupa pada apa yg orang rasa. Kadang kita leka sampai kita tak sedar apa yang kita kata. Kerana mulut kita, mungkin mereka memendam rasa...kerana mulut kita, mungkin kita tak kan mampu nak jejak syurga. Nauzubillahi min zalik...:'(

tertulis : manusia kadang lupa..manusia kadang leka..andai pernah terasa, mohon maaf pada semua..

0 budak comel gatal tangan:

 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea