Okay mood rajin datang, maka bolehlah menghapdate ini belog yang tenggelam timbul. hikhikhok. Sebenarnya kalau nak diceritakan tentang aku, rasanya tak ada sangat pun, memandangkan aku nie pun bukan jenis langkah panjang macam orang lain, berjalan situ sini. Sungguh, aku lah manusia yang malas nak keluar kalau tak ada hala tujuan. Setakat keluar untuk menggembirakan hati sesekali boleh la. Tapi sebenarnya berjalan la juga memerhati negara orang. Cuci-cuci mata, tengok budaya dan cara hidup bangsa lain.
Sebenarnya trip nie dah lama, last year punya cerita rasanya. Baru nak update? see le hand ler, tahap rajin nak menaip tak sampai klimaks, pasal tu lah duk kepam je dalam galeri album.kihkihkih..Okay, kali nie aku ke Guangzhou, China. Sebelum gerak sana sangatlah teruja memandangkan belum pernah keluar dari negara sendiri khennnn. kahkahkah..Segala persiapan dibuat dengan jayanya dengan bantuan kakak dan abang aku memandangkan aku pergi dengan diorang.Flyyyyy..zam zam ala kazammmmmm...sampai la kami ke China. :) hikhikhik
ini ala-ala orang eskimo nie kakak aku.sejuk sangat ha
Sesampainya kami ke China, angin meniup muka sepoi-sepoi bahasa menaikkan bulu roma. Sejuk woi!! Terus pakai sweater cepat-cepat. Stoking dan kasut jangan di lupa. (lagi-lagi orang macam aku yang tak tahan sejuk!hakhakhak) Tak rehat lama kat airport terus check in hotel. Barulah rasa lega duk dalam selimut tebal bertilamkan tilam gebu-gebu.hahaha. Tak saba wei nak bangun pagi esoknya, sebab tak sabar-sabar nak cuci mata!
hah kau, bangun pagi-pagi terus buka tingkap kekonon nak sedut udara segar, sekali bukak tingkap bukan angin segar yang masuk, angin sejuk beku pulak yang terjah, berkabus.hohoho. Terus siap-siap untuk cuci mata. Untuk pengetahuan korang, Guangzhou @ sebutannya Guangju nie merupakan sebuah bandar untuk membeli barang secara borong. Tak kira la barang apa semua ada, tolak mak ayah dan adik beradik je takde jual,kahkahkahak. Kalau korang nak membeli secara borong amatlah sesuai datang sini, dapat harga yang berpatutan. Tapi satu je kelemahan orang dekat sini, mereka punya penggunaan Bahasa Inggeris sangatlah mendukacitakan. Ibarat itik bercakap dengan ayam. Puas kami nak fahamkan diorang last-last tunjuk alamat dekat kad yang kami dapat dari orang yang dah biasa pergi barulah diorang faham, dan bawak kami ke sana.T.T
Diorang meniaga macam dekat jalan Tar, tapi kami tak beli makanan tepi-tepi jalan macam nie sebab fikir jugak tentang kebersihan. Kang nanti dapat penyakit taun ke apa ke susah plak. eh taun pulak aku nie.hahaha. Tak boleh la nak bajet-bajet macam pasar malam dekat Malaysia. Baru dapat rasa macam mana perasaan orang duduk negara orang, tak semestinya semua menda boleh bedal macam tu je. kahkahakkah. Ha tengok yang motor warna oren tu, ha tu sebenarnya macam teksi, orang kat sana panggil apa ntah aku lupa. Kami naik menda alah nie, Ya Rabbi rasa nak tercabut nyawa kau! dia punya bawak cilok sana cilok sini kalah mat rempit kat Malaysia. Menjerit aku ha kat atas moto tu, dia boleh buat rilek buat muka tak bersalah. pak cik kejam!!pak cik kejam!!T.T
Boleh dikatakan jalan-jalan raya kat sana ya Rabbi lagila teruk sesak dari Malaysia, padahal dah ramai dekat sini yang naik basikal, tapi still sesak. Kalau yang bawak motor tadi dah bawak macam mat rempit, yang teksi plak lagi la maha dahsyat woi! Aku rasa dah macam cerita Fast n Furious dah ha!wahaha..macam orang gila gayanya bawak teksi.
hah kau tengok diorang punya perniagaan, kalah mak jenab berniaga party tupperware. Kagum dengan diorang dekat sini sebabnya walaupun kedai bersebelahan dan jual barang yang sama, mereka still boleh rilex, tak ada pun rasa dengki-dengki nak santau ke apa kalau perniagaan kedai sebelah-sebelah berjaya dan ramai orang beli. Orang Cina memang suka bersaing secara sihat dalam perniagaan. =) Aku tak cakap orang melayu tak bagus, cuma kadang-kadang faham-fahamla sendiri macam mana, pantang nampak berjaya sikit mulalah yang bertanduk tuh keluar hasut. lu pikir sendiri la!!kihkihkih
Okay bab makan pulak, kat sini agak susah nak cari restauran atau kedai makan yang halal. So di minta sebelum pergi sini silala sediakan bekalan roti, maggi cup, nescafe 3 in 1 atau apa-apa yang berkenaan untuk menyenangkan diri korang sendiri nanti.kihkihkih. Memandangkan kami dah jumpa restauran halal nie, kami hanya makan dekat sini je selama kat sana. Cantik restaurant nie, penuh dengan ukiran. Masuk-masuk je kedai nie, mata tak berhenti meneliti perhiasan dalam kedai nie, dah macam duk Pakistan pun ada. Hahaha. Bab harga jangan risau, sangatlah berpatutan, jangan tertipu dengan kemewahan kedai ini. =p Makanan pun sedap, puas hati sangat. Aku bagi 4 bintang.hah kau siap bagi bintang-bintang lagi.hahah
Kesimpulannya, eh nak bersimpul-simpul plak, happy kot dapat tengok negara orang. Sila la pergi u alls..beh bershopping sebab mata wang dia murah!!yehaaaaaaaaaaaaa~~hahaha. sekian.tataaa.=)
0 budak comel gatal tangan:
Post a Comment