Nov 18, 2015

Bila Sudah Bergelar Ibu

jejari n!cK at 3:12:00 PM
aksi: 
1 budak comel gatal tangan
Assalamualaikum u ols....

wah rajin pulak mak jemah menaip hari ni hahaha...sebenarnya kan, tengah bosan ni macam-macam pikir nak buat apa. Celik je mata pagi-pagi dah start berpikir hari nie nak buat ape..nak sediakan apa, nak masak ape....eh byk la pulak  la berpikir bile jadi isteri dan ibu neh...hahaha...24 jam berpikir even tengah drive!! kalau zaman dolu-dolu zaman remaja dalam otak pikir tido tido tido, sekarang no more...tido bukan lagi satu kepentingan....strooootttt... =)
Bila dah jadi isteri dan ibu nie, memang banyak benda nak kena settle...mana nak settlekan hal anak, mana nak settlekan hal suami. tak sempat dah nak pikir hal lain, ape lagi nak pikir bukan-bukan. eh memang tak dan la...kadang tv pon malas nak tengok, tido awal..tu pon kalau anak nak tido awal ye...hahaha...si anak dah 9 bulan nak masuk 10 bulan dah ye...macam-macam kerenah tapi ibu tetap sabar, kalau tak sabar rasanya meroyan dah...hahahha...cepat anak ibu besa, rindu masa awak baby nak....tido je keja awak..sekarang nak peluk pon tak nak, sombong...huh..kih3..gigi pon dah 2 batang, sedapla awk mgigit ye nak..

sekadar hiasan

Kehidupan sekarang, memang dah banyak berubah...semuanya baik-baik saja, terima kasih tuhan anugerahkan aku pasangan hidup yang baik dan bertanggungjawab serta hadiahkan pula anak yang comel...Alhamdulillah...=) kalau dulu-dulu orang cakap nikahla cepat baru tau indahnya alam perkahwinan aku senyum je, rupanya alam ni memang indah..kalau tau lama dah kawen..hahaha...buat adik-adik yang belum kawen, ha kawenla cepat jangan buang masa..sesungguhnya banyak masa yg lebih indah lepas kawen ye..bahahha...okeh dah buntu nak taip ape nie...ermm..ermm...ermm...okelah...sekian...bahhahaa...gila malas nak taip..bye..

Jul 1, 2015

cerita baling belakang

jejari n!cK at 9:32:00 AM
aksi: 
1 budak comel gatal tangan
Assalamualaikum....



Ya Allah, lamanya blog ni tak diisi. Rindu pulak nak menaip nak bercerita panjang-panjang. Alhamdulillah, syukur pada Allah, lepas bernikah, aku diberikan rezeki/ anugerah yang paling bermakna, Anak =) Mungkin terlalu cepat orang pikir sebab nikah sebulan terus mengandung, tapi itulah rezeki, siapa kita untuk menolak. kun fa ya kun. =)

Masa peringkat awal mengandung, lebih kurang 7 minggu, aku alami alahan yang agak teruk. oke teruk sebenarnya, kih3...tapi berkat kesabaran dan kekuatan yang Allah bagi, alhamdulillah badan masih mampu bertahan. pernah jugaklah muntah sebelum sampai ke toilet, muntah sambil drive ke tempat kerja pun ye, rasa dia ya Tuhan, cepatla hilangkan rasa ni, padahal rasa tu lah yang buat kau rindu semula saat itu kan. hahha...bila tengok orang mengandung, eh cepatnya dah bersalin, baru jumpa semalam, hari ni dah bersalin kan? tapi bila sampai masa untuk kita, mak aihhh lamanya...bila nak beranak ni...hahha...Allah dah buat elok bayi 9 bulan dalam kandungan supaya kita dapat rasa macam mana pergerakan dan pembesaran dia dalam perut kita tu... Allah Maha Besar, seriously, kagum denganNya, bertambah kagum bila baby bergerak-gerak tendang perut kita...=) Kuasa Allah tiada tandingan...

Bila dah masuk 7 bulan, gelabah jugak la...sebab perut dah boyot..sebelum nie perut tak nampak..maybe sebab anak sulung. hari-hari tunggu bila la nak keluar anakku ini...tak sabar nak tengok wajah anak ibu. kaki tangan kecik-kecik tu, geram...=) Encik suami tak payah cakap, hari-hari tanya bila baby nak keluar. gosok-gosok anak dia dalam perut. =) bila dah masuk 38 weeks, aku lagi cuak, sebab baby masih lagi sedap kat dalam tu. puas dah pujuk suruh keluar tak nak jugak, siap pergi tawaf downtown, shopping complexs bagai...tak mahu jugakkkkk dia keluar. hahha...=')

At last, 40 weeks, kena serah diri kat hospital sebab dah overdue. masuk wad. Encik suami sempat bawakan bunga masa melawat. hahha. cuak bila tunggu-tunggu baby tak nak jugak keluar. oke doktor panggil scan, then she suspected big baby. mak aih terkujat monkey jugak la, macam mana boleh besar sedangkan last scan baby just 3.1kg. she said my baby 3.8 - 4.0 kg. homaiggg....aku tak percaya pun tu berat baby aku. bila dia cakap suruh bincang dengan suami samaada nak normal or operate, aku dah menangis sorang-sorang sebab risau, kalau boleh nak bersalin normal. bincang-bincang akhirnya aku deciced nak try normal. Then she said oke, kena induce. bila dah induce, tak sakit-sakit jugak. tapi malam tu, aku rasa sakit pinggang, tapi tak ketara, sejam sekali je. lepas tu contraction makin kuat, dan bila check bukaan dah 2 cm. tapi sakit dia masyaallah, tuhan je tahu. :')

Terus kena tolak ke labour room, kena tunggu sampai bukaan dah 9 cm. aku dah menggelupur sakit atas katil, masa tu suami dah tak tentu arah tengok aku nangis tahan sakit. lepas tu doktor masuk dan cakap lagi, baby aku besar ni, nak bersalin normal ke? kalau normal takut baby tersangkut bahu atau saraf tangan akan rosak. ya Allah, masa tu aku pikir anak je, tak nak apa-apa jadi kat anak. then akhirnya aku pilih bersalin cara ceaser. suami pun setuju sebab dia dah tak sanggup tengok aku tahan sakit. masa tu aku redha je la. terus kena tolak ke bilik operate. bius then aku mamai-mamai...setengah jam lepas tu aku dengar suara baby nangis. ya Allah, anak aku ke tu...perasaan nak nangis dengan gembira sama banyak. bila doktor letak baby atas dada, baby pandang je muka and mata aku. masa tu rasa nak peluk dia, nak cium puas-puas, tapi aku tak kuat lagi masa tu..pandang je la dulu..hik3...Alhamdulillah, baby boy yang dinamakan Yusuf Arsyad. =)

yusuf arsyad, cahaya mata ibu....=)

Sekarang, yusuf dah 5 bulan, cepatnya masa berlalu. rasa macam baru lagi dia duk menendang dalam perut nie. hihihi..betulla orang cakap, perempuan ni kuat sebenarnya. mampu menahan sakit berjam-jam demi satu lagi nyawa dalam badan dia, mampu bawa perut boyot-boyot ke sana sini. =) Alhamdullillah...kurniaan Allah buat kami...anugerah yang tak ternilai...semoga kami mampu didik anugerah Allah ini dengan sempurna. Insyaallah...=)

Apr 30, 2014

Dari SAHABAT kepada SAHABAT...=)

jejari n!cK at 9:30:00 AM
aksi: 
1 budak comel gatal tangan




 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea