Ya Rabbi, lama sangat tak update blog. Penyakit malas yang dialami dah kronik. Lama terbengkalai tanpa diisi dengan apa-apa cerita. Banyak benda yang berlaku selama mana blog tidak di update. Hal diri sendiri, hal keluarga, hal kawan-kawan, suka duka mereka teringin nak update tapi selalu ter'miss'. Jiwa untuk berblog semakin menipis agaknya.hehehe..
Kadang-kadang kita rasa kita dah terlalu banyak lalui dugaan padahal dugaan kita tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Dugaan yang sedikit pun kita dah mengeluh apatah lagi bila diberi ujian lebih besar. Kalau semalam kita bahagia, hari ini atau esok tak semestinya kita tersenyum juga, sekali sekali perlu ada air mata, baru hidup lebih bermakna. Sesuatu benda datang dan pergi tanpa kemahuan kita, tapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu ada. Dengan doa, kita tak mampu kembalikan orang yang kita sayang, tapi dengan doa itu insyaallah diterima oleh DIA untuk sesuatu yg lebih berharga. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar. =)
Sedang sibuk gembira nak sambut raya, kawan aku diduga, bukan utk kali pertama, tapi untuk kali kedua, dia keguguran. Tapi Alhamdulillah dia kuat. Masa asyik bergembira berhari raya, dikhabarkan pula dengan khabar duka. Anak kawan aku yg dikandung 9 bulan, meninggal selepas 3 bulan lahir, pada hari raya ketiga dan pada hari ulangtahun perkahwinan ke 3 disebabkan kecuaian manusia tapi kalau difikir semula, mungkin takdir dari DIA.Dia pinjamkan sementara untuk merasa bahagia walau cuma seketika. Kalau kita rasa sedih, mereka yang menanggung lagilah terasa peritnya. Tapi Alhamdulillah, dia pun kuat. ye, kita boleh kata mereka kuat sebab depan kita mereka masih mampu ketawa, bergurau senda, tapi hakikatnya Tuhan saja yang tahu isi hati mereka. :') Semoga Allah berikan ketabahan pada kamu semua. =)
Tentang kehidupan sendiri pula, banyak juga cerita. Tapi biarlah. Malas nak bercerita..jumpa lagi di post lain pula...hehehe
* hidup manusia takkan pernah berhenti diuji..kalau tidak bertimpa-timpa, mungkin sedikit demi sedikit diluar kesedaran kita...tapi itu sebagai penghapus dosa. malah mungkin juga disebabkan hukuman pada kita sebagai hamba supaya sentiasa ingat DIA...*
0 budak comel gatal tangan:
Post a Comment