Dec 22, 2011

awak tak kan faham...

jejari n!cK at 9:11:00 AM

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal? 

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank. 

Kaunselor : Halimah pula? 

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. 

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? 

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja. 

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?? 

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

 Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

 Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja. 

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa? 

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja. 

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan? 

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat? 

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja. 

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!! cube pulak fikir kalau isteri tu bekerja??macam mane??mao terbongkang tengah2 buat kerja rumah.....tapi ada lagi sesetengah suami yang jenis tak faham....even isteri lambat siapkan makanan pon nak marah...sepak terajang plak jadi makanan isteri..zolim sungguh...anak-anak terpekik terlolong menangis pon salah kan isteri...haihh...susah nak puaskan hati orang nie kan....memang itu tanggungjawab isteri..tapi tak salah andai si suami membantu..kan dah jadi suami mithali tu~~ngaaaa>.<

diari: kita tak kan dapat rasa ape yang orang lain rasa selagi kita tak rasa sendiri rasa tu....

7 budak comel gatal tangan:

[k]o{q}i[n] said...

kalo betul2 ikut ajaran islam dan dalami cara hidup rasulullah, sume bnda ni x wujud.. suami yg perlu wat sume tu, bukan isteri...

n!cK said...

kan...sokong en koqin~~~:)

Jue said...

emmm betul 2..cuba try laki lak yg buat keje umah..mau meletup kan..pendek kata..tlg menolongla..bila da kawin..bukan ke hakikat nikah 2 utk kongsi..sebuah perkongsian..klu semua nak kena wat sdri..baik xpayah kawin..tul x??emmmm

alin said...

isteri cuma jadi pembantu je dalam hal keluarga.. :)

Syuk Ry said...

no comment.. :D

Anonymous said...

huhu . masing2 kena paham la kann

♥ p a a n i ♥ said...

so trueee :)

 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea