May 30, 2011

perempuan merokok..cool beb~~

jejari n!cK at 12:05:00 PM
aksi: 
wahhh...perempuan merokok..cool ke?? tak de maknenye cool haih...bahaye tau tak!! dah la bahaye..buruk plak 2..tak senonohh je nampak..pas2 bibir yg mungil comey merah bak delime 2 pon jadik hitam..ewww..buruk la...selalunye kalau jenis yang merokok nie tak de sebab lain..katenye nak maintainkan body...slim gitu ha..slim la sangat..slim sebab penyakit buat ape..adehh...tadi aku bace paper...katenye jumlah remaja perempuan merokok makin meningkat....


PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan.

Ia dibuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan mereka terpengaruh dengan budaya Barat, filem, laman web dan Internet.

“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. “Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya..

(sumber:harian metro)

tahukah anda perempuan bahayenye rokok ituu...Merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta melahirkan.
Alangkah baiknya jika wanita itu sendiri tahu bahawa merokok meningkatkan risiko mereka mendapat barah pangkal rahim dan barah payudara sebelum menopaus..haaa..tgk2..mandul wehh..korang tak nak anak ke bagi yg merokok tuh...adehh...konon nak ikut sangat trend zaman skarang..cool beb..cool hek ko..menyusahkan diri sendiri ade la..huhuhu

p/s: slim la care sihat yerk..:)

6 budak comel gatal tangan:

pena rozie said...

Zaman dah berubah dunia dah maju

nelly said...

tak ada yang cool nya ~

feena said...

kurus ke kalo merokok nie??? kurus mmg kurus kot tp penyakit dtg skali... kalo dh sakit, xyah merokok pun dah kurus.. !!!

n!cK said...

pena: maju pon 2 bukan alasannye..huhu

nelly: tau xpe..huhu

feena: hahaha..btl sangat...kurus saket lain jadinye..

Pojiekyra said...

zaman sudah berubah dunia sudah maju..
pmpuan pown dasat cm laki gak..
isap rokok huhuhu..
cool pew nyer..xdew cool lgsung lah huhuhu..buruk ag adala..

Nur Sulastri said...

kurus penyakit boleh la. huhu

 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea