Apr 21, 2011

ikan keli..ada halal haram??

jejari n!cK at 12:13:00 PM

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

p/s: kalau dah membeli tak hengat dah seme neh kan..nyahaha..adesss..+.+'
sumber: muke buku =p

7 budak comel gatal tangan:

FirdAus BluRtz said...

goreng p0n sodap tu...tapi xsuke ikan keli..geli..hehe3

Ujang9897 said...

nasib baik tak mkn ikan..=)

n!cK said...

firdaus: tao xpe..sye pon same..huhu

ujang: ye dok jangggg~~hahaha:P

megat isa said...

kalo yang dah siap masak mana nak tau nih. ayoyoyoyo abislah.. takot kan.. sebab halal haram ni efek kat doa dan kesihatan kan..

n!cK said...

haah..tao xpe..tapi kalau dah tak tau nak wat camne kan..huk3..

Ms.ze said...

kalau yg dah siap masak tu..
tgk kat badan die..
kalau ade manyak lemak..maknanye..x halal..

:: cikNuurul :: said...

yeke?,.waa,tkutnye klu ade trbeli cmtu,.jrg beli tp bese mkn kt kdai,suke amik lauk ikn keli berlade tu,.mntak2 yg halal tu,.amin,.

 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea