Mar 22, 2011

OMG!! rokok ada sel darah BABI??

jejari n!cK at 4:14:00 PM

mak aihh..hape neh!!! mengejutkan!! OMG!! dah la memang membahayakan kesihatan,..pas2 plak mengandungi barangan larangan!! bahaye gile!!

KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

kredit : kosmo.com.my...

p/s: cakap n cite je la ape pon sal rokok..perokok tegar tak makan saman punyer....wat xnampak jee~~~wooowoo

4 budak comel gatal tangan:

ZACK ENTRY said...

cakap la macamana pun, perokok akan tetap hisap rokok..^^,

n!cK said...

zack: haah!! betol 2..mmg tak makan saman la diorang!!huuu..

Anonymous said...

Salam,sekadar perkongsian bersama...sesuatu itu sekiranya sudah kita ketahui KEJELASAN HALAL dan HARAMnya,kita masih lagi sukar @ tidak mahu mengambil usaha bertindak,tidak risaukah kita nasib kita kelak?Kita perlu sedar bhw untuk apalah sgt sekiranya kita mahu mengikut ego dan kemahuan diri yang sudah jelas menyimpang drpd Islam itu sendiri.Sebenarnya pernah x kita terfikir kenapa ya agaknya perkara yang selalunya menjadi tegahan itulah yang seringkali orang melayu kita yang beragama Islam suka buat?Sedarlah...syaitan itu sentiasa mahu kotakan janjinya kepada Allah untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam sehinggalah kiamat.Tapi diri kita???kenapa kita juga tidak berjuang bersungguh2 melawan dan menunjukkan rasa bersyukur kita sbg hambaAllah kerana tidak tergolong spt syaitan yang telah dijamin neraka?

Anonymous said...

Maaf kerana Allah izin saya dapat link dengan blog ini.Jadi,saya berkongsilah sedikit.berbalik apa yang ZE & nick kata,izinkan saya tambah sedikit ya.Saya akui memang perokok akan tetap hisap rokok.Tapi untuk kita yang tahu perlu sentiasa perINGATkan mereka dengan cara yang berhikmah.Kita juga akan dipersoalkan apakah yang kita lakukan untuk menjauhkan mereka drpd mlakukan perbuatan yang sia2...sekiranya kita sudah peringatkan tetapi mereka masih bertindak sedemikian,itu adalah urusan mereka dengan ALLAH.ALLAH menilai usaha kita.ALLAH tidak melihat pada hasil tetapi pada usaha yang kita lakukan.kita kena ingat perkara tu...pada masa yang sama kita perlu sentiasa pohon doa agar ALLAH beri petunjuk(hidayah),taufiq dan dibukakan pintu hati untuk semua saudara seIslam kita...usaha itulah yang bakal menjadi hujah kita apabila berhadapan dengan perhitungan ALLAH kelak.tambahan pula kesalahan kita dengan ALLAH pun kita tidak pasti tertanggung,inikan pula kita menambah lagi pikulan persoalan tanggungjawab kita sesama saudara seIslam yang sepatutnya kita cuba elakkan.Cakap pun perlu berlapik dan bukannya dengan menggunakan bahasa yang kurang sedap didengar.Ini juga menandakan ia tidak lahir dari hati yang ikhlas kerana ALLAH.wallahua'lam...

 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea