Aug 19, 2011

macam nie pon ada ke???

jejari n!cK at 4:06:00 PM
Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
"Kemboja! Kemboja!" 
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal. 
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa. Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.
Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.
Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.dan lihatlah hasilnya..Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van.
Tadaaaaaaaaaa!
Dia kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi..Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama. 

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa

di petik dari: mazidul akmal sidek..

p/s: macam2 ragam la hai....

10 budak comel gatal tangan:

Akma Che Oms said...

what the...mujurlah bulan ramadhan...

Anonymous said...

hmm tak tau nak kate ape lah dengan orang macam nie , dah ade kaki palsu pun nak mintak derma lagi .

Anonymous said...

ada jugak orang macam tuh kn?? bulan puasa nih bersabar jerla..

~ɐıɯ nʞɐ~ said...

abang ipa saya penah citer pasal nea...
nea pakai lebai tapi dea bkn islam..coz ade someone suruh sambung ayat al-fatihah..dea xleh nak sambung..just senyum je..

M Fizan said...

huhu..orang nak cari makan.. macam2 cara.. dunia...

aslann said...

Ditektif Nick! Tahniahh anda telah membongkarkan satu sindiket terbesar di negara kita!! sebagai balasan anda akan di lantik menjadi Isteri PM yg ke dua. Hidup Nick! Hidup Nick!!

Nyamuk Terbang said...

mcm nie pn ad kn...

Unknown said...

hmmmm.... xsangke.. macam nie pon ade...

Urzain Hussain said...

kesiannya dengan pak cik tuh..
humm..

idaida0504 said...

kesian...tapi......xptt la ambil kesempatan cam ni.

 

..Miz Diary.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea