1 ) mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata,
"Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!"
Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya.Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.ayat selalu yg anda2 gunakan "kubur masing2 okay!" memang. tapi Allah akan tanya kami, kenapa tak tegur jiran kubur semasa hayat hidup kamu?saya memang nak masuk syurga ALLAH,tapi saya nak masuk bersama-sama anda..sebab saya sayang anda. kenapa saya sayang anda?kerana kita adalah saudara. kalau saya boleh sayang diri anda yg dah berii banyak alasan dalam melaksanakan perintah ALLAH SWT,kenapa anda taknak sayang diri anda sendiri wahai wanita?
2) ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna).
Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul)..Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu,.."Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai.
Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?ingat yea,.kalau haji tu mmg dah dilonggarkan jika berkemampuan. adakah anda tak berkemampuan tak menutup aurat ni? kasihan..
3) Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer.
Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul..Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?anda kata,pakai tudung mulut jahat,buat perkara jahat. anda kena faham. dia pakai tudung dan menurut perintah Allah.cuma sikapnya lebih kurang anda.tak faham erti sebenar kenapa anda ni dijadikan dalam dunia ni.nak jadi HAMBA ALLAH atau HAMBA DUNIA?. tak malu menegakkan dalil sndiri,padahal dah Allah tetapkan dan turunkan pakaian yg elok2 utk anda..kenapa mengingkar.mmg andalah manusia yg tak tahu erti syukur dicipta tu ape, malah blh pulak buat alasan pada Allah yg anda lagi baik dari org pakai tudung?mmg tak reti diuntung pada Sang Pencipta lah anda ni..
4) Mereka jahil tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat..Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.
5) Alasan kelima , menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini...Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?
6) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi..Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
p/s: hnye nk bkongsi...pde sape2 yg mbace..bacelah dgn ikhlas..jgn maraa heaa...:) mohon maaf andai kasar bahase...:)
2 budak comel gatal tangan:
yeah .betul tuh .klu da tegur ,bleh plak dia bantai camtu .mmg hati da keras sgt .tggu nk lembut je .entri ni mmg pedas .hehe .
salam..heheheh..btoi2 suka ngn entri ni..
smua kena faham definisi menutup aurat tu apa selain memenuhi tuntutan wajib~ bukan sekadar tutup...bukan sekadar litup..wallahualm...
Post a Comment