assalamualaikum..
rasenye tak salah kan kalau aku nak mintak tolong korang..manela tau kang korang ade ternampak...atas dasar kemanusiaan mintak tolong la gitau kalau ade nampak budak nie okeh..=) aku dapat menda nie pon dari emel keje aku..orang opis yg suh tlg sebarkan...rasenye tak berat utk tolong menda macam nie kan..=)
Assalamualaikum ...
Mohon perhatian dan kerjasama kepada tuan/puan untuk menghubungi ibu bapa mangsa atau Balai Polis berhampiran seandainya ada melihat kanak-kanak ini.
Butiran :
· Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10thn (Darjah 4)
· Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah',
· Berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
· Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam.
· Mempunyai ketinggian lebih kurang 110cm, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.
· Ayahnya menyedari kehilangan anaknya pada 13hb Julai 2011 diantara jam 6.30 petang ke 7.00 petang.
· Budak ni dibawa oleh seorang perempuan agak berumur, berkulit agak gelap. Dipercaya warga indon
p/s: doakan semoga budak nie selamat...aminn..=) semoga Allah membalas jasa kalian..:)

